CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 22, 2009

aku & duniaku...

salam 1 Malaysia!! Huhuhu..

Lama betul aku x update blog ni. Bukan lupe cuma masa x mengizinkan. almaklumla, aku kn still beriang ria di rumah. Nak2 plak dgn kerenah si kecik ni yg makin hari makin bermacam2.

Perkembangan terbaru aku :

1) tiap2 hari membanyakkan stok susu utk bekalan qaseh..doakan usaha aku berjaya..amin.
2) malas gile nk g keje dah..wakakaka!
3) byk makan! Tp berat bdn dah maintain mcm b4 preggy..fail sket kat perut je..xpe2 ...

Perkembangan Fea Qaseh Raihanna :

1) makin kuat nyusu
2) esok genap 3 bulan (hepi 3rd months princess..)
3) makin comel n membahagiakan mama n papa! (thanx dear..)

Rasanya 2 je kot..yg lain2 kn tunggu ms yg lebih sesuai.. Ni ms x sesuai sbb curi2 menaip atas katil smbil susukn dia. Owh ye! Cane nk pisah dia tido ye? Sbb skrg tido bekepit je. Syian la kt papa dia..hahahaha!!

Sila la lyn pic my beloved daughter ni bg melepaskn kerinduan kowang ye..daaa!!

P/s - rindu sm kwn2 blogging..hopefully korg x lupekn blog ni ye? :p

Tuesday, September 29, 2009

Our New Bundle Of Joy!!!

Birth Announcements

Thursday, September 17, 2009

9 bulan 10 hari...

Salam semua...


Sempat lagi kot nk ucapkan Selamat Berpuasa? hehe.. bukan terlupa tp x berkesempatan. Puasa tahun ni betul2 menguji rasanya. Sepanjang bergelar isteri, mmg dah pasang niat sekiranya ditakdirkan Allah mengandung nk penuhkan puasa selama 30 hari. Jadi tahun ni mmg rs bertuah sgt2 sbb Allah makbulkan berpuasa dgn baby di dalam kandungan. Tp, kita hanya merancang kn? Dia yg tentukan. Alhamdulillah dari puasa pertama mmg niat tu terlaksana sampai la puasa ke 11. Hari ke 12, ada check up dgn doctor, bila scan baby yg nakal ni, tgk2 graf pembesaran dia jatuh menjunam pulak. Mungkin kekurangan zat ms mummy dia pose kot. Tp doc still x marah kalo nk pose. Cumenya, hati seorg ibu ni dah mula risau. Jadi hari ke 12, balik check up terus berbuka. Hari ke 13 berpuasa, try lg. Mn la tau kot2 baby dah kuat. Tp 2 la, kite yg merancangkn? Tiba2 aku hypo plak.. Apa hypo 2? Hypo tu rs mcm nk pitam, berpeluh tp bdn sejuk. Bila pegi hospital, doc sarankn berhenti berpuasa. Minum air byk2 dan mkn mknan yg manis2 sbb baby dah x tahan. Haii...dugaannya..


So, setakat 2 jela perjuangan meneruskan bulan Ramadhan. Sambil2 tu sempat la jgk curi sehari berpose 2 pon dah kena bebel je dgn en hubby. Mn xnye, belum pukul 2 badan dah menggigil2. Bila dicampur n ditolak hasilnya tahun ni saya hanya berpuasa selama 12 hari sahaja! Dan alhamdulillah check up hari Selasa hari tu graf baby dah naik semula. Berat dia pon anggaran dah 3kg kot. Wahh!! hebat anak mummy.


Ok, tutup psl puasa. Tp still lg cerita bnd yg sm iaitu my precious princess ni. Hari ni, dlm kiraan Islam genapla kandungan aku ni 9 bulan 10 hari. Sepanjang membawa dia ni, mmg byk sgt dugaan yg dilalui. Tp aku sgt2 la bersyukur sbb smp hari ni dia masih milik kami. Semua penyakit utk ibu2 mengandung aku dah rs. Sebutkan je. Diabetic, darah tinggi, kencing kotor, protein dlm urin.. Tp 2 la, berkat kesabaran akhirnya dpt juga melalui kesemuanya dgn tabah! Mmg ada mulut2 blkg yg becakap. "bdn kecik tp ada kencing manis?".. "kurus2 cenggini pon BP tinggi ke?msti x jg mkn ni.." tp xpe. Semua pon aku terima. Semua Dia yg tentukan. Mgkn bahagian aku mcm ni. Tp bahagian dia lebih mudah agaknya. Alhamdulillah...


Setakat hari ni jgk, aku masih menghitung hari. Walaupun ikut doctor due date 5 October tp mulai dari hari ni aku harus lebih bersedia. Sebab aku tahu princess ni bl2 ms je dah sedia nk keluar tgk dunia. Perasaan? Harus la berdebar2, harus la takut tp excited 2 lebih mengatasi segala2nya.


Sentuh pulak pasal persediaan raya, mmg totally x seberapa! Sbb hati ni lebih kepada si kecik dlm ni. Tp kuih n baju utk mak ayah, baju raya utk si kecik 2 org tu mmg x dilupe la. Even en hubby pon ada sepasang baju melayu je. Buat syarat katanya. Aku? ada la en hubby belikan jubah. Kenapa jubah?hehe..jgn la ketawa. Perut dah besar2 cenggini jubah je la yg boleh masuk. 2 pon harus pusing 1 S.Alam utk dptkn baju 2. Kalau smpt smbut raya, pakai la.. Kalau x, berkain batik la kita ye.. muahahaha!!


Owh ye, tahniah buat kwn2 sepoli dulu yg dah pon jd ibu. Yana n Dida. Selamat berpantang ye. Buat Aida, aku doakan ur baby n urself selamat. Byk2kn doa. InsyaAllah nnt baby dgr dia akan pusing la 2.


Dikesempatan ni jgk, aku nk ucapkan :


Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja


TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena


Kususun sepuluh jari la yer...


Doakan aku selamat melahirkan, dan insyaAllah blog ni akan terus diupdate seandainya ada kesempatan. Selamat Hari Raya semua! Pandu kereta hati2. Ingat org2 yg kite sayang. Hari ni aku last berkerja. Esok start cuti smp la due date. Wahh..heavennya!!!


p/s - TERbebel ikut suke..hehe!


Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri...



p/s - Masih menghitung hari...


Friday, August 21, 2009

Happy Belated Birthday Dear...





Mee bandung mama masak..



Besaunye badan akuuu....!!!


Special entry for my beloved hubby. Already 28th on 19 August 2009. Moga b sehat2 selalu n dipandjangkan umur. Ready untuk jadi Papa insyaAllah dlm beberapa minggu je lg. Thanx for all your love, your care n sume2 yg b dah buat untuk sayang selama ni. Takkan terbalas rsnya! Xde present pon utk bb sbb demam since Isnin lepas. InsyaAllah, baby dlm perot ni la yg bakal dijadikan hadiah paling bermakna utk bb...


p/s - doakan kami bahagia hingga hujung nyawa...


Beautiful Princess inside my Belly...

chubby x pipi saye ni??


kakiku di mulutku...

mummy..jgn kaco sy tido la!!

Ultrasound 3d yg kitorg buat pada 19 Ogos 2009 bersempena dgn besday papa baby.. alhamdulillah makin chubby anak aku ni. Berat dia ms ni lingkungan 2kg ++. Dah ramai tny cane nk kuarkn dak chubby ni nnt? InsyaAllah harap2 dipermudahkan. Agak-agak ikut muke sape? hehe..x kesah la jnj dia sihat n sempurna. (Ada sape2 nk submit cdgn nm utk my baby x? sgt2 dialu2kn..)


Sambil2 tu nk ambil kesempatan wish Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak esok (22 Ogos 2009). Moga2 kite semua sihat untuk mengerjakan ibadah bagi tahun ni. Amin... Kalau ada yg tersilap kata, terkasar bahasa harap diampunkan.


p/s - baru je nk kebah dari demam sejak Isnin haritu.. dah check n -ve for H1N1.. alhamdulillah..

Sunday, July 19, 2009

Kemana Saya Menghilang??

Salam. Lama betul aku tinggalkan blog ni rasanya. Walaupun tiap2 hari kat opis masih lg ada internet, bloghop kat sume2 list blog yg ada. Tapi 2 la kn? Kalau dah malas 2 malas jugak. Baby shy kot? hehehe.. sorry baby, mummy terpaksa jadikan baby sebagai alasan. Ok la.. mmg diakui saya sangat2 malas nk update. xtau la mn dapat gejala malas ni. Kalau ikutkan ada je cite yg boleh dikongsi. So, skrg ni aku rs cm masa yg sesuai utk buat quick updates kot memandangkn minggu yg mendatang ni, saya bakal berpisah dgn dunia internet. Hahaha!! padan dgn muka sendiri ok??


1st sekali cite psl my precious baby alhamdulillah dah pon menganjak ke 7 bulan. Wah!! besyar da anak mummy ni. Ada byk sgt perubahan pd badan aku skrg ni. Mmg dah big2 opkos la kn. Alhamdulillah aku melaluinya dgn penuh bergembira dan bersabar. Muahahaha!! Kaki da selalu sgt cramp. Dulu2 x penah tau pon cramp 2 cane but now da lali kot. Berat baby yg terbaru adalah 1.15kg.. Alhamdulillah dia gain dgn sempurnanya. And, as expected, i'm carrying a BEAUTIFUL PRINCESS inside my tummy!! Awal sgt ke announce? hehe..xde la awal sbb kitorg dapat tau lg awal sebelum ni. Barang2 baby alhamdulillah dah complete cuma ada la 1-2 items lg yg perlu dilengkapkan. Awal jugak ke? No no no.. next month da start bulan Ramadhan pastu nk raya plak. Skrg pon dah mengah2 bawak perut. Takut nnt x larat langsung. So, rsnya biarla awal sket beli supaya nnt x terkejar2. End.


ReuniteByLove dah pon mencecah 1 tahun. Mmg aku perasan tarikh 2 iaitu 15 Julai 2009 n ada niat nk announce dlm blog tp disebabkan malas jgk so, aku abaikan je. Teruk kn?? Hahahaha!! Rsnya byk sgt2 cerita2 yg dah dikongsi bersama dalam blog ni kn? Agak2 yg membosankan 2, korang abaikan jela. Mn2 yg menarik kite leh la share sm2 kn. InsyaAllah selagi ada daya, blog ni akan sentiasa bersama kawan2, pembaca2 semua. x kira la ada atau x yg membaca kn? Hehehe...


Lagi nk cite apa ye? Owh ye.. ke mana plak aku menghilang this week kn? Ye, aku akan ke Terengganu utk berkursus selama 3 hari. Kursus start pd hari Selasa ni tapi aku gerak ke sana esok la. My hubby yg akan hantar sbb dia x bg wife dia yg tersayang ni drive jauh2 berdua je dgn baby. Owh, thanx my dear sbb sggp bersusah utk sayang.


Last utk entry ni, ada someone bg aku email ni. Someone yg pernah menjadi someone dan soemone yg pernah menjadi sejarah dan someone yg sedang menjadi kawan. Mungkin niat dia hanya nk meluahkan perasaan dia yg pernah dikecewakan. Oleh aku atau sesiapa. So, aku terima email dia tanpa sebarang prasangka dan cuba memahami perasaan dia pada ketika itu. But now apa yg aku nk tegaskan pada dia ialah apa pun yg pernah terjadi dulu dah pon menjadi sejarah bg aku n aku x pernah rasa pon aku silap membuat percaturan dgn meninggalkan dia dan memilih org lain sebagai suamiku. Kerana, dia yg TERBAIK! Kejamkah aku? Mungkin bg mereka yg x mengenali aku akan mengatakan aku kejam tp hanya Allah yg tahu kenapa ini yg aku pilih. Ok.. enough is enough. aku letak ayat2 puitis ni kat cni bukan nk buat publisiti or apa2 niat lain tp cuma nk berkongsi. Mmg sweet sgt2 email ni.. Hakcipta x terpelihara pon. Sape2 yg suke boleh je C&P ok?



Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya..
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masihhidup..


Begitulah juga..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ..
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu..
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingatikamu..


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..
Kerana apabila ia mulai RETAK ..
tidak sukar untuk kamu menampal danmemperbaikinya semula..
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..


Begitulah juga..
Jika kamu sedang memiliki seseorang..
TERIMALAH dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ..
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja..


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ..
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain..
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ..
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinyalagi..
Kamu akan MENYESAL ..


Begitulah juga..
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ..
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
MENYAYANGIMU ..
MENGASIHIMU ..
dan MENCINTAIMU ..
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ..
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila diamenjadi milik orang lain..
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYAsebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI.kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA .itu lebih BERMAKNA !
"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kanberganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"



p/s - Bakal mengabaikan bb utk 2-3 hari mendatang.. cedihnye!!!